Sepang, 10 Nov – Pihak polis memaklumkan belum terima sebarang laporan mengenai penyebaran gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Young Syefura Othman yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Gambar perkelahan Adun dari DAP itu telah dipersoal oleh netizen selepas ia dimuat naik ke Instagram, yang menunjukkan dirinya bersama empat kenalannya sedang berkelah di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang, Sepang.

Young Syefura melalui media sosialnya telah memohon maaf selepas netizen menuduhnya melanggar SOP (PKPB) yang berkuat kuasa di Selangor.

Namun, gambar itu telah dipadamkan selepas ia viral di media sosial dan netizen turut meminta supaya Young Syefura untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Young Syefura menjelaskan yang beliau bermastautin di johor walaupun berkhidmat sebagai Adun di Pahang.