Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan bersiaran secara langsung di Wacana Sinar pada malam ini, Selasa (10 November 2020) jam 8.30 malam.

Wacana ini akan membincangkan topik yang bertajuk Covid-19: Survival Sektor Komoditi. Topik yang akan dibincangkan ini amat memberi makna kepada keluarga besar komoditi. Komoditi negara terdiri daripada sawit, getah, koko, kenaf dan tembakau, lada hitam serta kayu kayan termasuk buluh.

Wacana ini juga turut menampilkan Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia. Wancana ini boleh ditonton melalui LIVE di Facebook Sinar Harian.