Abdullah School…..
Di Sungai Mati Tangkak
Ditubuhkan 10 March 57 dahulu.

Sekolah lama ku…..
Pertamanya,
Terima kasih semua guru.

Saja bercerita, buat anak dan cucu-cucu
Apatah lagi rakan-rakan sebaya
Pernah sedarjah, kian lama tak berjumpa.

Sebenarnya zaman itu
Kita beruntung dan bertuah
Kerana adanya dua aliran sekolah
Satu aliran inggeris
Satu lagi aliran bahasa melayu ibunda.

Abdullah School…..
Tempat mula, langkah belajar
Bertemankan papan hitam dan kapur
Tempat mula berkawan dan bertegur.

Kini, ku zahirkan rasa syukur
Kawan lama datang menjelma,
Langkah yang sudah jauh berkelana
Yang sudah lama entah ke mana
Kembali dalam group Whatsapp
Bertaut, bertambah akrab.

Abdullah School…..
Buat sahabat-sahabat kesayangan ku
Membugar kenangan manis nan lalu
Mungkin terselit ribuan hikmah di situ
Agar dilimpahi bersama keberkatan
Sentiasa ceria dan bahagia selalu.

PAK ENAL MAOKIL,
13 November 2020