Sepang 14 Nov – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, telah turun menziarahi 10 keluarga warga sawit yang mengalami kesusahan di Hulu Teris, Sepang.

Menurut beliau, rata-rata mereka mewarisi kebun sawit tinggalan orang tua 1-3 ekar setiap seorang di samping rumah pusaka yang uzur.

“Pokok sawit banyak yang sudah tua perlu ditanam semula.

“Sebahagiannya masih mengusahakan sawit sebagai sampingan sahaja. Sedikit keceriaan apabila sawit semakin tinggi harga,” ujar beliau melalui Facebook miliknya semalam

Beliau turut menyampaikan beberapa bantuan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada warga sawit.