KOTA KINABALU, 17 Nov – Bekas pemimpin Amanah, Hamzah Abdullah telah mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi pada 5 Disember depan.

Beliau akan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti walaupun sebelum ini pernah menjadi pemimpin kepada dua parti.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Perdana Menteri telah memberitahu yang PRK di Batu Sapi perlu diadakan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mesti diisi kekosongan kerusi selepas 60 hari ahli Parlimen di kawasan itu meninggal dunia.