PUTRAJAYA, 17 Nov – Pengeluaran Buah Tandan Segar untuk April-September 2020 telah meningkat lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, peningkatan tersebut termasuk dengan pengeluaran Minyak Sawit Mentah.

‘Sebanyak 10,729,894 tan telah dihasilkan pada April-September 2020 berbanding 10,236,532 pada tempoh yang sama 2019.

‘Harga BTS dan harga MSM juga melonjak naik. Hari ini harga telah melepasi RM3500 per metrik tan, tertinggi sejak Mei 2012 berbanding November dan Disember 2019 hanya purata Rm2500-RM2800,” ujar beliau melalui satu hantaran Facebook miliknya hari ini.