KUALA LUMPUR, 18 Nov – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan untuk mengisytiharkan perintah darurat bagi kawasan Parlimen (P185) Batu Sapi, Sabah.

Pengisytiharan Darurat ini telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku setelah penjelasan dari YAB Perdana Menteri diperhalusi dan sembah taklimat dari Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Dato’ Abdul Ghani Salleh.

Dengan pengisytiharan ini, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan pilihanraya kecil (PRK) P.185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang berlakunya gelombang ke-4 penularan Wabak COVID-19.

Satu tarikh untuk untuk PRK ini akan ditetapkan kemudian.