Dalam satu undian maya yang dilakukan di laman facebook Muafakat Nasional Perpaduan Ummah, Zahid Hamidi mendapat tenpat paling corot dalam pengundian yang dilaksanakan.

Undiannya berbunyi :

SIAPA TOKOH PILIHAN ANDA? Siapakah yang paling tenang, tegas dan tetap pendirian?
A. Muhyiddin Yassin.
B. Zahid Hamidi.
C. Azmin Ali.
D. Najib Razak.
E. Anwar Ibrahim.
F. Abd Hadi Awang.

Terdapat 6 pilihan yang diberi iaitu Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Azmin Ali, Najib Razak, Anwar Ibrahim Dan Abdul Hadi Awang. Dari 6 pilihan tersebut Zahid Hamidi menunjukkan bilangan undian yang paling sedikit. Undian yang telah mendapat 1000 komen dan lebih dari 200 perkongsian.

Apakah wujud tanda tanda protes, penolakan dari rakyat Malaysia umumnya berdasarkan kepada pengundian ini? Rakyat Malaysia menginginkan suatu perubahan kepada Malaysia dari sudut ekonomi dan pentadbiran. Rakyat menilai dan meluahkan perasaan terutamanya di media sosial. Masa kini kesatuan dan perpaduan adalah kunci utama kepada kejayaan dan kelancaran pemerintah.

Sikap sombong, pentingkan diri sendiri dan kroni serta tamakkan kuasa akan membawa kepada kerugian individu, parti, rakyat dan negara.

Anda ingin mengundi? Anda rasa Zahid layak untuk ke hadapan? Undi di link : https://www.facebook.com/115031066523426/posts/399123871447476/