KUALA LUMPUR, 24 Dis  — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan kenaikan harga minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian China serta Lembaga Perdagangan Chicago Amerika Syarikat.

Jangkaan kontrak niaga hadapan MSM bagi Januari 2021 naik RM50 kepada RM3,854 satu tan, Februari 2021 bertambah sebanyak RM51 kepada RM3,715 satu tan, Mac 2021 meningkat RM34 kepada RM3,569 satu tan dan April 2021 menokok RM22 kepada RM3,447 satu tan.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan naik sebanyak RM50 kepada RM3,850 satu tan.Pasaran akan ditutup esok sempena Krismas dan akan disambung semula pada 28 Dis