Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup sedikit tinggi hari ini dalam jangkaan pengeluaran dan stok yang lebih rendah.

Faktor musim tengkujuh menjelang akhir tahun telah menyebabkan pengeluaran yang lebih perlahan yang mendorong kepada kenaikan harga MSM.

Pada penutupan, kontrak niaga hadapan MSM untuk Januari 2021 meningkat RM1 kepada RM3,835 per tan, Februari 2021 adalah RM8 lebih tinggi pada RM3,719 per tan, Mac 2021 meningkat RM7 kepada RM3,550 satu tan, dan April 2021 menambah RM7 kepada RM3, 416 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 28,882 lot daripada 38,962 lot pada hari Isnin, sementara minat terbuka menyusut kepada 192,072 kontrak daripada 201,468 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Januari meningkat RM10 kepada RM3,850 satu tan.