Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini dalam jangkaan pengeluaran dan stok yang lebih rendah.

Faktor musim tengkujuh menjelang akhir tahun telah menyebabkan pengeluaran yang lebih perlahan yang mendorong kenaikan harga MSM pada momentum menaik.

Peningkatan ini akan berterusan memandangkan musim banjir yang melanda beberapa buah negeri yang menjadi pengeluar utama minyak sawit dalam negara.

Pada penutupan, kontrak niaga hadapan MSM untuk Januari 2021 meningkat RM1 kepada RM3,835 per tan, Februari 2021 adalah RM8 lebih tinggi pada RM3,719 per tan, Mac 2021 meningkat RM7 kepada RM3,550 satu tan, dan April 2021 menambah RM7 kepada RM3, 416 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 28,882 lot daripada 38,962 lot pada hari Isnin, sementara minat terbuka menyusut kepada 192,072 kontrak daripada 201,468 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Januari meningkat RM10 kepada RM3,850 satu tan. Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada hari pertama dagangan tahun baharu, mencecah paras tertingginya sejak Februari 2011 dengan penanda aras Mac 2021 pada RM3,724 setan metrik.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi MSM itu adalah yang tertinggi dalam tempoh hampir 10 tahun susulan prestasi kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan MSM bagi Januari 2021 meningkat RM59 kepada RM3,950 setan metrik, Februari 2021 naik RM107 kepada RM3,871 setan metrik, Mac 2021 menambah RM124 kepada RM3,724 setan metrik, dan April 2021 menokok RM117 kepada RM3,590 setan metrik.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 55,390 lot daripada 33,179 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 218,079 kontrak daripada 196,440 kontrak sebelumnya.

Manakala harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat RM90 kepada RM3,960 setan metrik.