RAUB: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato Dr Khairuddin Aman Razali hari ini melawat mangsa banjir di sekitar Raub, Pahang hari ini.

Lawatan ini bagi meninjau keadaan semasa keadaan banjir yang telah melanda di kawasan tersebut sejak hujung minggu lepas.

“Alhamdulillah, keadaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terkawal dan kesemua mangsa banjir diberi perlindungan serta kemudahan asas yang baik oleh pihak kerajaan”.

Beliau turut menyumbangkan barangan berupa bahan makanan dan wang tunai bagi kegunaan mangsa yang terkesan akibat bencana yang menimpa.

Bersama dalam lawatan ini adalah pegawai daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, agensi di bawah kementerian, pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan yang lain.

Antara tempat yang dikunjungi adalah PPS Kampung Gali Tengah dan PPS Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar.

Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di PPS Kg Gali Tengah (20 keluarga) dan PPS SK Muhammad Jabar (79 keluarga). Keadaan banjir di negeri Pahang berlaku akibat kenaikan paras air di Sungai Pahang melibatkan sembilan daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Jerantut dan Lipis.