Maran – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato Dr Khairuddin Aman Razali melawat ke beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Maran, Pahang ekoran daripada bencana banjir yang melanda negara.

“Mangsa telah ditempatkan di PPS SK Setanggi sejak 4 Januari lagi dan ini merupakan hari ke tujuh mereka berada di situ.”

“Saya berharap mangsa banjir sabar dengan musibah yang menimpa dan kita sama-sama doakan agar keadaan banjir di seluruh negara segera pulih” ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan rasa takziah kepada 150 keluarga yang terjejas akibat banjir serta turut menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang tunai bagi kegunaan mangsa.

Lawatan ini merupakan lawatan ketiga pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas mengadakan lawatan pertama dan kedua di Daerah Raub bagi membantu mangsa banjir.

Sehingga tengah hari, sebanyak 40 PPS dibuka di daerah Maran melibatkan 3,605 mangsa daripada 1,134 keluarga.