KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah merasmikan kempen SAWIT ANUGERAH TUHAN yang diadakan secara maya semalam. SAWIT ANUGERAH TUHAN merupakan satu kempen yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan menyemai perasaan bangga dan penghargaan ke atas sumbangan besar minyak sawit kepada negara selama ini.

Diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), kempen ini akan menumpukan peranan minyak sawit dalam pembangunan sosioekonomi, pemakanan, kesihatan dan farmaseutikal, pemuliharaan alam sekitar serta industri makanan dan bukan makanan dan ia memberi manfaat bukan hanya kepada manusia malah juga haiwan.

Di samping itu, orang ramai juga boleh menyertai peraduan dalam talian Sawit Anugerah Tuhan di laman sesawang http://www.sawit.com.my untuk menilai pengetahuan dan kefahaman mereka tentang minyak sawit Malaysia di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Beliau turut mengambil peluang untuk berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman virus COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini. Jadikan amalan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap basuh tangan sebagai rutin dan norma baru kehidupan seharian.