Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan bahawa teknologi disruptif yang dihasilkan akan menjadi penggerak utama terhadap inovasi dalam semua sektor komoditi termasuk juga dalam industri minyak sawit negara.

Beliau berkata teknologi telah diinovasi dan ditambah baik akan mendorong terhadap keberkesanan dan daya saing dalam pelbagai peringkat khususnya dalam sektor huluan, pertengahan dan hiliran industri sawit.

“Teknologi, sangat penting dalam nilai tambah produk dan memacu industri minyak sawit bagi memastikannya tidak lapuk dan kekal relevan ,” katanya dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak Agroteknologi Global 2021 secara maya di Putrajaya baru-baru ini.

“Hasil sawit dan produk berasaskan sawit boleh ditingkatkan sebanyak 23 peratus berbanding 19 peratus dengan meningkatkan dan menambah baik penggunaan teknologi di peringkat perladangan dan pengeluaran.

“Usaha juga telah dilakukan untuk mengautomasi dan menjenterakan industri ini sebagai penyelesaian bagi menangani isu bekalan buruh,” ujar beliau lagi.