Dewan Pemuda PAS Negeri Johor melalui Sektor Pendidikan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor dibawah kepimpinan YAB Dato Haji Hasni Bin Mohammad atas pemberian wang tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000 sebulan.

Inisiatif ini dilihat dapat membantu meringankan bebanan rakyat ketika ini yang masih berhadapan dengan pandemik Covid19. Inisiatif ini juga antara bukti bahawa kerajaan negeri berusaha menyelami denyut nadi kesusahan rakyat dan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk membela sebanyak mungkin rakyat Johor yang terkesan. Initiatif ini juga dilihat sebagai pelengkap kepada bantuan prihatin daripada kerajaan pusat.

Pemberian wang tunai ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri memastikan bahawa tiada siapa yang tertinggal dalam sektor pendidikan khususnya buat anak-anak Johor dan pemberian ini juga merupakan galakan kepada mereka untuk kekal bersemangat menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.

Mudah-mudahan bantuan prihatin ini dapat menampung perbelanjaan pelajar-pelajar walaupun masih dalam suasana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Memimpin Negara”
“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Ustaz Azlan Hj Alias
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – DPPNJ