PUTRAJAYA: Harga Minyak Sawit Mentah (MSM) pada 15 Mac 2021 mencatatkan paras tertinggi iaitu RM4247.50 permetrik tan.

Menurut laporan MPOB, harga yang dicatatkan pada 15 Mac 2021 merupakan harga minyak sawit mentah yang tertinggi dalam sejarah.

Kesan daripada kenaikan MSM itu juga menyebabkan harga Buah Tandan Segar (BTS) di Semenanjung turut meningkat melepasi paras RM900 per tan berbanding RM300 yang dicatatkan pada tahun 2020.

Beliu turut menjelaskan secara purata, sebanyak 19 juta tan setahun minyak dipasarkan di pasaran antarabangsa yang telah memberi keuntungan kepada hampir 500,000 keluarga pekebun kecil atau lebih 3 juta rakyat di Malaysia.

“Hanya 1 juta tan untuk kegunaan dalam negara. Sebanyak 700,000 tan (700 juta pek) dijual dengan harga subsidi oleh kerajaan dengan harga RM 2.50/kg. Selebihnya, 300 tan minyak sawit dijual dalam kuantiti 2kg dan 5 kg per pek” ujar beliau lagi.

Dalam kenyataan yang sama juga, beliau turut menasihati agar orang ramai khususnya pekerja dalam sektor komoditi sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurnia oleh Allah.

Kempen Sawit Anugerah Tuhan yang dilancarkan pada 10 Februari lepas telah mengenengahkan manfaat dan potensi minyak sawit Malaysia dengan memberi tumpuan kepada sumbangan komersial, faedah kesihatan dan pemakanan, disamping ciri serba guna dalam aplikasi produk makanan dan bukan makanan.