KUALA LUMPUR – Sebongkah konkrit jatuh daripada lori di lorong tengah jalan raya Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi tadi. 

Berdasarkan Twitter, SUKE Expressway  berkata kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).

“#SUKE #INFOTRAFIK Satu bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (bukan dari projek SUKE) di  lorong tengah #MRR2 selepas Hillview arah ke Ampang. Patuhi arahan petugas trafik di lokasi,” tulis SUKE Expressway.

Dikatakan lorong tengah di jalan berkenaan terpaksa ditutup beberapa waktu sehingga kerja mengalihkan bongkah konkrit selesai.

Beberapa minit kemudian SUKE Expressway melaporkan  lorong itu telah dibuka semula untuk kegunaan pengguna jalan raya. -MalaysiaGazette