MELAKA – Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menganjurkan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan (KAPUTCBT). Kursus ini adalah salah satu aktiviti di bawah Program Pembangunan Usahawan Coklat yang diperkenalkan oleh pihak LKM

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tujuan program ini adalah untuk melahirkan usahawan coklat tempatan melalui latihan kemahiran pembuatan coklat, pemberian insentif peralatan dan mesin, khidmat nasihat pembangunan perniagaan serta sokongan promosi produk ushahawan.

Menurut beliau, Pembangunan Usahawan Coklat dan Program Promosi Koko akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Peruntukan ini merangkumi komponen pengukuhan pasaran, promosi dalam dan luar negara, pembangunan usahawan baru, menaik taraf usahawan sedia ada, khidmat nasihat tenikal, pemantaun prestasi usahawan dan pelbagai komponen lain”, ujar beliau dalam sidang media Perasmian Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan di LaCrista Hotel, Melaka, semalam.

Beliau berkata, pada tahun 2020, usahawan baru coklat dan konfeksi koko di bawah bimbingan LKM telah berjaya menjana pendapatan pengusaha sebanyak RMS.81 juta.Walaupun jumlah inl tidak begitu besar tetapi ia sudah cukup memberi inspirasi dan semangat kepada usahawan baharu yang pastinya akan terus memajukan industri coklat tempatan. Bagi negeri Melaka, seramai enam usahawan coklat buatan tangan telah berjaya dibangunkan.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan lndustri hiliran koko ini khususnya dalam pembuatan penghasilan coklat yang sekali gus dapat merancakkan lagi industri pelancongan tempatan seperti di Melaka ini yang merupakan penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negeri.