PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera diadakan apabila tiba masanya.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada nasihat dan pandangan pakar terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masanya yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos depan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian