Putrajaya: Harga Minyak Sawit Mentah (MSM) terus menunjukan peningkatan dengan kenaikan harga mencecah sehingga RM4,428.50 per tan yang dicatatkan pada 23 April berbanding RM 4,376.50 pada 22 April.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kenaikan ini merupakan kenaikan kali 4 harga tertinggi dalam sejarah sawit direkodkan dalam bulan April 2021 ini sahaja.

“Alhamdulillah. Pecah Rekod lagi. Sekali lagi harga Minyak Sawit Mentah memecah rekod tertinggi dalam sejarah sawit pada Jumaat 23 April 2021 iaitu RM4428 permetrik tan.” ujar beliau melalui hantaran Facebook miliknya hari ini.