PUTRAJAYA – RM 40 juta telah diagihkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sepanjang Ramadhan kepada kelompok sasar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri berkata jumlah agihan Tabung Musa’adah JAKIM – YWM bermula Mac 2020 hingga Mei 2021 adalah RM8.13 juta.

Menurut beliau, jumlah agihan Musa’adah 2.0 pada Januari hingga Mei 2021 ke seluruh negara secara keseluruhannya adalah RM108, 868, 317.10.

Beliau berkata, Dana tersebut turut disalurkan kepada Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga di 2 buah masjid dan 12 buah masjid sebagai Pusat Aduan dan Khidmat Kaunseling.