Pelakon  era 90-an yang memegang watak Tarzan, Joe Lara, meninggal dunia ketika pesawat yang dinaiki bersama isteri serta lima yang lain ditimpa kecelakaan pada Sabtu (29/5) waktu Amerika Syarikat.

CNN melaporkan, Isnin (31/5), pesawat Cessna 501 yang dinaiki Lara dan korban lainnya jatuh ke tasik Percy Priest di Smyrna, berdekatan Nashville, Tennessee.

People menyebut, pesawat itu terhempas di Percy Priest Lake sekitar pukul 11 pagi, tidak lama setelah berlepas dari Smyrna Airport untuk ke destinasi, Palm Beach, Florida.

Kapten Penyelamat Bomba Rutherford County John Ingle dalam satu kenyataan pada hari Ahad, bahawa usaha pencarian sedang dijalankan di Percy Priest Lake di Smyrna melibatkan lima pasukan penyelam.

Pasukan penyelamat mengenal pasti 7 mangsa yang terlibat, mereka adalah: Joe Lara, Gwen Lara, isteri kepada Joe sekaligus guru diet serta pengasas the Remnant Fellowship Church. Mangsa lain termasuk Jennifer J Martin, David L Martin, Jessica Walters, Jonathan Walters, dan Brandon Hannah. Kelima korban disebut berasal dari Brentwood dan merupakan anggota dari gereja yang didirikan Gwen Lara

Turut dilaporkan, Badan Keselamatan Transportasi Nasional juga turut menyiasat sebab kecelakaan ini.

Dalam pernyataan kepada CNN, Remnant Fellowship Church juga mengumumkan berita sedih itu.

https://abcnews.go.com/Entertainment/wireStory/tarzan-actor-plane-crash-victims-tennessee-77991847

https://www.cnnindonesia.com/hiburan/20210531104742-234-648646/pemeran-tarzan-era-90-an-joe-lara-tewas-kecelakaan-pesawat