PUTRAJAYA: Sebanyak 7,105 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat ke 579,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi hari ini dengan 2,068 kes.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (817); Sarawak (703); Kelantan (531); Johor (431) dan Pulau Pinang (400).

“Hanya Perlis tidak mencatatkan pertambahan kes COVID-19 hari ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini. – Berita Harian