KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi, menyarankan kerajaan melaksanakan moratorium secara automatik kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.Zed Zaidi, berkata warga penggiat seni yang terkesan dengan penularan COVID-19 semakin terbeban dengan situasi semasa.

“Walaupun akur dengan arahan sekatan pergerakan penuh, namun ia menambahkan bebanan warga penggiat seni yang hidup susah sejak gelombang pertama lagi.”Saya harap kerajaan dapat menimbang mengembalikan semula moratorium secara automatik. Bukan semua warga penggiat seni ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Bagaimanapun, janganlah meletakkan syarat berbincang dengan bank terlebih dahulu. Saya sudah terima banyak aduan pada PKP 2.0, ada antara perbincangan bersama bank hanya membawa kepada kesukaran buat jangka masa panjang,” katanya kepada BH Online.

Disebabkan itu, Zed menegaskan, moratorium secara automatik selama enam bulan sangat diperlukan warga penggiat seni.”Tempoh enam bulan ini sekurang-kurangnya boleh memberikan ruang untuk bernafas. Dan mungkin duit yang ada boleh digunakan membuat bisnes secara kecil-kecilan bagi membantu menampung kelangsungan hidup dalam tempoh sukar ini.

“Sudahlah tidak boleh keluar, jadi sekurang-kurangnya ada duit untuk berniaga dari rumah,” katanya.Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi menyarankan kerajaan melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan untuk bantu penggiat seni. –

Zed berkata, persatuan tidak mahu berlaku kes di mana rumah milik penggiat seni dilelong atau kenderaan ditarik akibat kesusahan membayar balik pinjaman.”Pernah berlaku bank menjadikan pemberian moratorium sebagai alasan menyekat pinjaman yang hendak dibuat pada masa akan datang.”Bank menganggap kami masih berhutang dan maklumat ini dimasukkan dalam senarai agensi pelaporan kredit (APK), CTOS Data System Sdn Bhd (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

“Maklumat ini harus dijelaskan kerana ia menyukarkan warga penggiat seni jika situasi ini menimpa mereka. Ini adalah aduan yang diterima, bukan sahaja artis, tetapi daripada kru balik tabir,” katanya.

Zed berkata, SENIMAN mahu membantu, tetapi apakan daya, persatuan juga dalam kesusahan.”Bukan tidak mahu bantu, tetapi kami pun susah. Pergerakan persatuan tergendala disebabkan pelaksanaan ini. Kelmarin sambutan Hari SENIMAN, tetapi tidak dapat melaksanakan apa-apa program dengan situasi semasa ini.”Jika buat program memerlukan kos. SENIMAN juga ada perbelanjaan, setiap bulan. Nak bayar gaji pekerja pentadbiran, sewa dan sebagainya. Kami turut terkesan seperti orang lain,” katanya.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/05/822649/seniman-mohon-moratorium-kurangkan-beban