Umum mengetahui BTS telah mendapat tawaran dari pelbagai jenama selama bertahun-tahun. Beberapa sokongan awal mereka merangkumi jenama utama seperti PUMA, dan SK Telecom, yang mana mereka mula bekerjasama hanya beberapa tahun selepas debut.

BTS turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jenama antarabangsa termasuklah FILA, Louis Vuitton, dan Coway.

PUMA

Nilai Yang Diterima BTS Untuk Setiap Kerjasama Jenama Korea

LOTTE

Menurut The Korea Times, BTS memperoleh sebanyak 3,00 bilion KRW (sekitar $ 2,69 juta USD) hingga 5,00 juta KRW (sekitar $ 4,49 juta USD) untuk setiap jenama Korea yang mereka bekerjasama.

Dan sudah tentu, yuran itu akan lebih meningkat apabila ianya global endorsement, seperti partnership dengan McDonald’s. Sehingga akhir Mei, BTS Meal telah dilancarkan hampir 50 negara di seluruh dunia.

BTS Akan Menerima 10 juta KRW Apabila Menyertai Promosi BTS Meal

McDonald’s

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s turut mendedahkan jenama berharap partnership ini akan menjadi kejayaan tersbesar untuk McDonald’s dan untuk BTS.  Menurut The Korea Times, BTS juga akan menerima 10 juta KRW (sekitar AS$ 8.98 juta USD) apabila menyertai promosi “BTS Meal”.

Tidak lama selepas BTS Meal dilancarkan, koleksi merchandise BTS x McDonald’s turut mula dijual, yang menawarkan segala-galanya dari stokin $ 12 hingga robe $ 110 USD bersama bersama photocards edisi terhad. Setelah penjualan merchandise semakin meningkat, berkemungkinan BTS akan memperoleh puluhan juta dolar dari endorsement McDonald’s sahaja.

Yang pasti, di sebalik pendapatan yang luar biasa, BTS sentiasa menjadi rendah diri dan menggunakan kekayaan mereka untuk kebaikan.

https://murai.my/2021/111117/ini-nilai-yang-diterima-oleh-bts-untuk-setiap-kerjasama-jenama-termasuklah-mcdonalds/