Seoul: Popularitinya sebagai pelakon dan penyanyi meletakkan IU sebagai antara artis kaya-raya di Korea Selatan.

Dia yang terkenal menerusi drama bersiri Hotel De Luna tidak teragak-agak membeli sebuah penthouse bernilai RM48 juta, baru-baru ini.

Memetik laporan Allkpop, kediaman mewah rumah jenis penthouse ini terletak di Eterno Chungdam di Seoul.

Bagaimanapun, ia masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun depan.

IU yang pernah ke Malaysia menjayakan konsert Love, Poem 2019 IU Tour Concert dikatakan sudah menjual villa miliknya di Bangbaedong selepas tujuh tahun membelinya.

Ini kerana, dia difahamkan membuat permohonan untuk tinggal di kediaman berkenaan yang dianggarkan seluas 243 meter persegi.

Sumber: Harian Metro