TURIN, Italy – Media tempatan melaporkan Kevin Spacey kembali berlakon dalam filem bebas yang diarahkan oleh  Franco Nero di bandar Turin, Utara Itali.

Pelakon Amerika Syarikat itu menghilangkan diri dari dunia lakonan sejak dituduk melakukan kesalahan seksual pada tahun 2017. Gambarnya telah diambil di set pengambaran filem ‘L’uomo Che Disegnò Dio’ (The Man Who Drew God) di Turin.

Pengarah filem Louis Nero mengesahkan penglibatan spacey dan menyatakan spacey memainkan watak sampingan detektif polis.

Spacey, merupakan bintang Hollywood ternama, Dia telah dikeluarkan daripada rancangan TV “House of Cards” dan dikeluarkan daripadada filem “All the Money in the World” selepas dituduh melakukan kesalahan seksual pada 2017. Tetapi spacey menafikan semua tuduhan.

Dia pernah memenangi Anugerah Akademi pelakon terbaik untuk ‘American Beauty’ pada tahun 2000 dan pelakon sampingan terbaik pada 1996 untuk ‘The Usual Suspects’.