KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) mengambil tindakan undang-undang mengenai kenyataan dan tuduhan berbaur fitnah berkenaan salah urus tadbir, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi LGMPC yang telah diterbitkan oleh SedarMalaysia terhadap LGMPC.

LGMPC sebelum ini telah memberikan tempoh 48 jam kepada SedarMalaysia untuk menurunkan artikel berkaitan LGMPC dan memberi kenyataan permohonan maaf secara terbuka serta siaran permohonan maaf tersebut disaluran media aliran perdana, media-media sosial dan laman sesawang terlibat melalui kenyataan media pada 31 May 2021, namun LGMPC mendapati SedarMalaysia telah gagal memenuhi tuntutan tersebut.

Sehubungan dengan itu, LGMPC melalui kenyataan media di Facebook telah mengarahkan Tetuan Srihana Mohamad & Partners untuk meneruskan tindakan undang-undang secara terancang terhadap SedarMalaysia bagi menjaga reputasi dan melindungi kepentingan LGMPC.

Sumber: https://www.facebook.com/LGM-Properties-Corporation-102783418495648

SUMBER: FACEBOOK LGMPC