TEL AVIV: Ketika suhu politik di Israel dilihat meningkat susulan penubuhan parti gabungan yang bakal berlaku, anggota Parti Kesatuan Zionis, Isaac Herzog diangkat sebagai sebagai Presiden Israel ke-11.

Herzog, 60, menewaskan Miriam Peretz yang merupakan seorang aktivis sosial sekali gus menggantikan Reuven Rivlin (Presiden Israel ke-10).

Beliau yang juga anak kepada Presiden ke-6 Israel, Chaim Herzog akan mengambil tugas rasmi bermula 9 Julai depan.

Ketika ini, ahli politik Israel sedang berada dalam rundingan terakhir untuk menubuhkan parti gabungan di antara parti Yesh Atid dan Yamina.

Benjamin Netanyahu yang menjadi Perdana Menteri paling lama menerajui Israel iaitu selama 12 tahun, dijangka tumbang selepas ini. – Astro Awani