PUTRAJAYA – Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) memaklumkan bahawa YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris telah dilantik sebagai Pengerusi MPOB berkuatkuasa 15 April 2021 menggantikan YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang telah meletakkan jawatan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berikutan kenyataan media YB Dato’ Ahmad Nazlan yang menolak jawatan pelantikan sebagai Pengerusi MPOB, calon baharu bagi jawatan tersebut akan ditentukan semula oleh YB Menteri.

Menurut beliau, bagi melancarkan pentadbiran dan pengurusan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah MPOB untuk terus mengelola Lembaga itu.