Alhamdulillah. Pagi ini saya dapat meneruskan perbincangan bersama Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan beberapa pemain industri sawit terkemuka negara secara maya.

Usaha ini adalah untuk memastikan harga minyak masak tidak bersubsidi dapat distabilkan di pasaran. Fokus utama perbincangan ini selepas mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan bersama Kabinet itu menumpukan kepada syor dan cadangan yang konkrit dapat disepakati.

Ianya bagi memastikan rakyat dapat menikmati harga minyak masak yang berpatutan selain memperoleh situasi menang-menang antara pemain industri, peruncit dan pengguna.

#sawitanugerahtuhan #kitajagakita

Oleh Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Penulis ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Tulisan ini dipetik dari laman Facebook beliau.