Alhamdulillah. Pagi ini saya telah bermesyuarat khas bersama pemain industri kayu-kayan dan perabot Malaysia.

Mesyuarat ini membincangkan pandangan dan permohonan industri berkaitan pengoperasian segmen tertentu sektor kayu-kayan bagi memastikan kelestarian industri ini.

Dalam masa yang sama, turut dibincangkan pematuhan kepada SOP dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh industri bagi memastikan COVID-19 dapat dikawal.

Semoga tanggungjawab ini dapat ditunaikan dengan sebaiknya. Terus berdoa dan melangkah ke hadapan untuk membawa sektor ini terus maju dan berdaya saing. Impaknya sudah pasti kepada negara dan ekonomi rakyat. InsyaAllah.

#malaysiasejahtera #malaysiaprihatin #kitajagakita

Oleh Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Penulis ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Tulisan ini dipetik dari laman Facebook beliau.