KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, dijangka melaksanakan rancangan biofuel B20 di seluruh negara pada akhir 2022.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program B20 Malaysia merangkumi sektor pengangkutan, yang melibatkan campuran 20% sawit-biodiesel ke dalam petroleum, dimana pada awalnya dijadualkan akan selesai pada pertengahan 2021 tetapi ditangguhkan sehingga 2022 untuk memberi keutamaan kepada Negara memulihan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Beliau berkata, Industri minyak sawit juga harus mengambil tindakan proaktif untuk mengurangkan pencemaran makanan dalam minyak sawit proses, katanya dalam persidangan MOSTA OFIC2021 pada hari Selasa, semalam.

Menurutnya, Industri harus meletak sasaran untuk menurunkan ester 3-monokloropropanediol, atau 3-MCPDE, ke bawah tahap 2.5ppm seperti yang ditetapkan oleh EU.

Mekanisasi dan automasi di sektor huluan sangat penting kerana industry sawit terlalu bergantung pada buruh asing. Sebarang gangguan terhadap tenaga kerja akan memberi kesan yang amat besar kepada industri sawit Malaysia. – Bloomberg