Kerajaan PN selari dengan pandangan yang dizahirkan oleh Istana Negara semalam sedang bergerak untuk menangani covid-19 menerusi Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh PM. Malah program imunisasi yang diperkasakan menerusi pelan tersebut adalah langkah drastik untuk membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal dan juga membolehkan parlimen dapat segera bersidang secara normal.

Dalam situasi YDPA mahu rakyat bersatu menangani covid-19 ada pihak yang masih mahu berpolitik. Laporan polis atas tuduhan kononnya DS Takiyuddin menderhaka apabila membuat ulasan tentang langkah kerajaan selari dengan panduan Istana benar-benar merupakan langkah politik sumbang dan jahat serta mengelirukan rakyat malah cuba menangguk kepentingan politik yang sempit.

Rakyat perlu menolak politik sumbang sebegini. Kerajaan PN dengan dokongan rakyat insyallah akan berjaya mengharungi cabaran pandemik ini sebagaimana pelan pemulihan yang telah dirancang.

Oleh Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Penulis ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Tulisan ini dipetik dari laman Facebook beliau.