Ikan patin yang mendiami Sungai Pahang merupakan spesies patin yang terbaik di Malaysia. Ikan patin yang ditangkap atau diternak dalam sangkar di Temerloh dianggap sebagai spesies yang paling enak dimakan kerana tekstur dagingnya yang sesuai untuk dimasak gulai tempoyak.

Jadi, tidak hairanlah ikan patin di daerah Temerloh menjadi buruan peminat juadah ikan sungai bukan sahaja di negeri Pahang, malah dari seluruh negara.

Namun, menurut sumber, semenjak berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan pengusaha ikan patin sedikit sebanyak telah terjejas.

Menurut beliau, industri ikan patin sangkar perlu diberi perhatian kerana ia mampu memberikan pulangan lumayan kepada rakyat jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Beliau turut memaklumkan kebanyakan pengusaha ikan di Sungai Pahang menyewa tapak dari pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tanah. Beliau memaklumkan telah memohon untuk lesen LPS tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Beliau berkata, industri ini berupaya mewujudkan rangkaian ekonomi pelbagai, sekali gus meningkatkan lagi taraf pendapatan pengusaha setempat sekiranya pihak Kerajaan dapat turut membantu untuk mendapat kelulusan dan geran tanah.

Dia turut menyarankan supaya tindakan menyeluruh untuk jangka panjang dan jangka pendek diambil bagi menyelamatkan industri ini.