PENGGUNAAN nama penuh dan nama sebenar Perdana Menteri telah diterima oleh kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

Nama Tan Sri Mahiaddin Md Yassin akan menggantikan penggunaan nama sebelum ini Muhyiddin Yassin bagi semua dokumen formal dan urusan rasmi.

Surat pekeliling berkenaan ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Memo itu adalah susulan daripada Jabatan Peguam Negara yang menasihatkan semua dokumen rasmi perlu menggunakan atau tandatangan nama rasmi Perdana Menteri.

Mahiaddin Md Yasin merupakan nama sebenar seperti dinyatakan dalam MyKad, namun beliau lebih dikenali dengan Muhyiddin. – SINAR PLUS