Putrajaya : 5000 pekerja dari sektor perladangan sawit di Selangor akan dijadikan sebagai projek rintis untuk Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan bagi mempercepatkan pelaksaan vaksinasi barisan hadapan di ekonomi pelbagai sektor dalam usaha mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komidiiti, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya menyokong penuh usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama sokongan penuh daripada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID 19 (CITF) untuk diperincikan dalam masa terdekat.

“Menurutnya berkata, melalui program vaksinasi berkenaan bekalan serta proses penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan, walaubagaimanapun pihak syarikat perlu untuk membiayai sendiri kos-kos yang terlibat antaranya penyediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut spesifikasi tertentu yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, pihak syarikat yang mengikuti program ini juga harus menggunakan peralatan perubatan yang digariskan mengikut standard KKM, kos pemvaksin doktor, jururawat yang bertugas serta bayaran elaun kepada petugas sukarelawan termasuk petugas keselamatan.

“Usaha yang dibuat bersama kerajaan dan KPPK ini adalah bagi memudahkan pemberian vaksin secara sukarela untuk pekerja ladang agrikomoditi berkumpulan, malah ianya membantu program vaksinansi yang kini giat dijalankan,” katanya melalui kenyataan media yang diterbitkan tadi.

Mohd Khairuddin berkata, pihaknya di kementerian sangat mengalu-alukan kerjasama segenap pihak terutamanya daripada pemain industri dan persatuan dalam usaha menjayakan program vaksinani yang bakan dilaksanakan kelak.

“Melalui usaha ini memperlihatkan KPPK mengambil pendekatan serius berkenaan hasrat yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddi Al- Mustafa Billah Shah oleh itu KPPK akan sentiasa memaklumkan perkara ini dari semasa ke semasa berhubung pelaksanaan program ini melalui portal rasmi di http://www.mpic.gov.my,” katanya.