Sebut sahaja Bapa, haruslah kita bersyukur kepada Allah Taala yang yang menciptakan Nabi Adam, bapa pertama yang ada di golongan umat manusia, dan lalu beranak pinaklah menjadi jurai jurai keturunan yang ada di atas muka bumi sehinga kini. 
Apa yang dilihat kini, sejak dahulu, golongan bapa inilah yang pastinya akan mula ‘pening kepala’ apabila berlakunya sesuatu isu, ekonomi, masyarakat mahupun sosial di alam rumah, mahupun dalam negara. 
Menjadi kurniaan Allah Taala, kaum Adam ini, apabila bergelar bapa, mereka akan memiliki wajah selamba yang sebenarnya sentiasa ligat memikirkan segala isu terutamanya berkaitan hal periral sumber ekonomi, rumah, negeri serta negara, baik bapa di rumah, mahupun pak menteri di kabinet. 
Wajah selamba inilah sentiasa memerah keringat yang ada sampai senja usia mereka, tetapi dalam hal dua tahun kebelakangan ini, mereka mulai runsing dengan keadaan sekililing apabila semua dari kita diuji dengan virus COVID 19.
Ada di kalangan mereka diberhentikan kerja, diberi gaji separuh, dan tak dapat dibayar gaji apabila produksi di industri terpaksa ditutup penuh termasuklah mereka yang berniaga dalam usaha mengawal   penularan COVID 19 yang menular dengan pantas ini. 
Tergamam seketika ketika itu, mulalah berfikir nak bagi keluarga makan apa, nak kerja apa, sehinggalah rahmat Allah datang menerbitkan satu demi satu idea idea yang kini menjadi pentas utama ekonomi menggunakan kemahiran  pemasaran internet dan “drop ship”. 
Keadaan ini turut menghantui Pak Menteri di kabinet, keadaan kabinet ditutup sehinggakan terpaksa mencari jalan pantas dengan mengekang dahulu virus penularan COVID 19, dan akhirnya kita semua terima, kita perlu hidup dengan COVID 19 dengan cara mematuhi SOP yang ada. 
Alhamdulillah setelah hampir dua tahun bersama virus COVID 19 ini, rakyat mulai terutamananya bapa mulai bernafas dengan skim skim pekerjaan yang dibantu oleh PERKESO membawa kembali persaingan ekonomi sihat dalam dalam serta luar negara. 
Berita gembira hari bapa yang bergelar petani ini juga dikongsi apabila blok negara negara Afrika, seperti Mesir bercadang untunk mempertingkatkan eksport komiditi sawit seperti mana yang diumungkan Perdana Menteri dalam sesi sidangnya bersama Presiden Mesir sekaligus membawa peningkatan harga sawit dan akan memberi sedikit bonus ke pemain industri. 
Khabar gembira ini hari bapa ini tidak seharusnya dicemari dengan kes seperti semalam runtuhan konkrit di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buluh-Kota Damansara sehingga menyebabkan kecederaan pekerja warga Bangladesh. 
Meneliti kes seperti ini, bukanlah satu benda yang baharu dalam negara, malah ianya kerap berlaku,  diharapkan pihak berwajib segara mengambil pendekataan terutamanya bahagiaan pemeriksaan keselamatan pekerjaan. 
Bimbang perkara ini terus berlaku bagaikan air yang mengalir tanpa sekatan, sedikit sebanyak akan membawa imej tidak baik kepada negara, dan menjejaskan semua yang bertugas di sektor pembinaan yang kebiasaanya lelaki. 
Cerita Hari Bapa tak terhenti di sini, anda adalah wira tak didendang, bapa sentiasa dengan imej selamba, sabar, tenang dan ‘cool’. Walaupun anda di hadapan panas terik mentari, mereka yang bertugas di barisan hadapan, bahagian uniform, serta mereka di hospital, tak lupa mereka yang kini menjadi ‘rider’ penghantar makanan serta mereka yang menyediakan makanan sehinggalah mereka di bahagian pertanian komiditi yang memberi impak ekonomi negara.Anda Bapa Andalah Hero Keluarga, Andalah Hero Negara.