18702 graduan perguruan akan diambil bertugas secara khas di negeri-negeri yang diperlukan dalam masa segera secara ‘one off’ bagi memenuhi keperluan pendidikan yang kini menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar untuk gred DG 41. 
Menteri Pendidikan Senator, Datuk Dr Radzi Jidin berkat, proses pegambilan dilakukan secara besar-besaran bagi menampung keperluan kekurangan guru yang meruncing di negeri negeri tertentu seperti Sabah, Sarawak, Selangor serta Selangor.
Menurutnya , beliau berkata, tujuan proses ini adalah bagi mencapai perancangan di bawah program Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk memenuhi tuntutan memberi tumpuan memenuhi kekosongan guru bagi Mata pelajaran tertentu. 
“Kekosongan guru bagi mata pelajaran tertentu ini kini menjadi antara masalah besar sistem pendidikan negara sehinggalah mewujudkan jurang tenaga  pengajar yang menjadi cabaran utama kini. 
“Dalam usaha bagi menggalas cabaran ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalin kerjasama rapat bersama Suruhajaya Pendidikan Pendidikan (SPP) serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam memastikan setiap perancangan disusun rapi bersama pendekatan baharu termasuk penggunaan temuduga digital. 
“Iklan pengambilan akan dikeluarkan melalui SPP pada 7 Julai minggu hadapan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakkan serta penempatan mulai dijalanlan pada Oktober secara berperingkat, ” katanya Dalam sidang media secara maya hari ini. 
Radzi Jidin berkata, ada berapa subjek mata pelajaran yang kini sangat memerlukan guru tambahan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam serta Reka Bentuk & Teknologi serta Sejarah bagi korikukum sekolah menengah. 
“Manakala bagi korikukum sekolah rendah subjek yang menjadi keutamaan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam”.