Malaysia tidak akan ambil peduli sekiranya Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) terus memboikot minyak sawit mentah dari negara ini. Ini antara pendirian baru Malaysia apabila melihat sikap acuh tidak acuh mereka dalam dalam berurusan dengan negara ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, “kementerianya bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) juga memfailkan tindakan undang- undang ke atas EU melalui Mekanisme Penyelasaian Pertikaian atau Dispute Settlement Mechanism (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Tindakan undang-undang ini selaras dengan prinsip amalan perdagangan yang telah digariskan oleh WTO sebelum ini”.

“Polisi yang dilaksanakan EU dalam Delegation Regulation di bawah European Union Renewable Energy Directive II (EU RED II) ini telah mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya ke atas usaha kemampanan dan kelestarian yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Malaysia serta seterusnya menyekat amalan perdagangan bebas”.

“Tindakan diskriminasi oleh EU sebelum ini menyebabkan lebih 3 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam rantaian industri sawit negara menerima impak yang negatif termasuk lebih setengah juta pekebun kecil sawit ketika itu” katanya.

Nilai eksport produk sawit dan minyak sawit negara kini berkembang melebihi RM70 bilion tahun lalu berbanding RM67.5 bilion yang dicatatkan pada tahun 2019 lalu sekali gus menyangkal dakwaan kebergantungan dengan negara EU serta AS.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit meningkat 0.7 peratus kepada 17.5 juta tan sehingga tahun 2021 berbanding 17.37 juta tan pada tahun 2020.

“Kita telah melihat hasil positif daripada langkah ini menerusi peningkatan jumlah eksport minyak sawit secara signifikan sejak bulan Jun tahun lalu.

“Saya yakin Malaysia bukan sahaja mampu pulih daripada cabaran ini tetapi akan menjadi lebih kukuh daripada sebelum ini,” katanya.

Menurutnya Mohd. Khairuddin amat berkeyakinan bahawa permintaan minyak masak global kini kembali pulih tahun merancak naik walaupun berhadapan dengan pandemik Co­vid-19 memandangkan banyak sektor ekonomi pemakanan telah dibuka semula.

“Sebagai minyak yang paling banyak dihasilkan pada harga paling kompetitif dalam pasaran dunia, minyak sawit bersedia menghadapi cabaran dengan tidak hanya memberikan pilihan berpatutan tetapi pilihan sihat untuk memenuhi permintaan.

“Walaupun ekonomi global 2021 dijangka pulih pada kadar yang perlahan berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun ia tidak akan menyekat penggunaan minyak dan lemak global membolehkan ianya terus bersaing dengan peneraju lain bagi mengekalkan status sebagai peneraju pasaran,” katanya

Bagi Malaysia blok negara serantau dari Asia Barat dan Asia Tengah serta Afrika lebih bersikap jujur dan lebih menyokong satu sama lain dalam berurusan berkenaan komiditi seperti sawit mentah, getah, kenaf dan juga koko.

Ia dapat dilihat, apabila negara negara dari EU mula memboikot minyak sawit berkenaan, tetapi negara kita mulai menerima peningkatan pasaran baru China, India, Pakistan, Iran, serta Turki, dan negara negara Afrika.

Ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia sedikit pun tidak terkesan dengan serangan boikot dari EU berkenaan minyak sawit mentah. Keadaan ini tidak menjejaskan pasaran sedia ada, malah pada masa menyokong serta mampu menambah pasaran baru.

“Sebagai contoh satu daripada syarikat milik Malaysia ditawarkan tender untuk mengeksport sebanyak 27,000 tan metrik sawit ke Ethiopia.

“Selain mempromosikan minyak sawit negara, misi lawatan ke negara-negara itu juga telah memantapkan hubungan dua hala dengan negara-negara berkenaan melalui kerangka kerjasama sedia ada bagi memudahkan penerimaan minyak sawit Malaysia bagi mendapatkan terma terbaik untuk mengeksport minyak sawit negara.

“Kita juga telah melobi negara-negara pengimport minyak sawit mengenai aspek positif penggunaan minyak sawit dalam aplikasi pemakanan dan bukan pemakanan,” katanya.

Contohnya pasaran India, kuantiti eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit telah meningkat sebanyak 67 peratus daripada 2.67 juta tan pada 2018 kepada 4.46 juta tan pada 2019. Walaupun ada negara membuat keputusan tidak menerima minyak sawit dari negara ini namun ia tidak akan menjejaskan pasaran eksport minyak sawit negara yang kini berjumlah 20 juta tan sehari.

“Belgium tidak terima tapi kita ada banyak negara lain, ada negara yang telah bertemu dengan kita seperti Afghanistan yang bersedia untuk menambah import minyak sawit dari negara kita iaitu dari 75,000 tan akan sampai 100,000 tan katanya.

Tamat