Walaupun hanya lautan memisahkan di antara Malaysia dan Indonesia, namun industri komoditi sawit di negara sebarang begitu berbeza dengan kita. 
Jika diteliti secara halus, begitu banyak perubahan positif yang berlaku dalam industri komoditi sawit negara berbanding negara lain. 
Perkara ini seharusnya disambut dengan syukur tidak terhingga bila menungguli produksi komoditi sawit di Malaysia.
Pengeksport minyak sawit mentah di Indonesia kini lebih beruntung apabila cukai Levi diturunkan dengan harapan dapat meningatkan margin keuntungan walaupun mengalami perubahan polisi polisi dalam masa singkat.
Menurut wakil daripada Gabungan Kelapa Sawit Indonesia (GAPKI) berkata, walaupun berlaku perubahan polisi dalam masa singkat yang sedikit sebanyak mengelirukan pemain industri, namun ianya bakal memberi kesan positif kepada pasaran.
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati berkata, pengeksport minyak sawit terbesar  dunia akan mengurangkan kadar harga siling bagi minyak sawit mentah (CPO) ‘Crude Palm Oil’ kepada $ 175 per tan dari $ 255, selepas menerima kritikan daripada pemain industri.
“Jumlah cukai levi eksport bermula apabila mencecah $ 750 per tan, dengan kenaikan $ 20 untuk setiap kenaikan harga $ 50. Tarif maksimum apabila harga CPO melebihi $ 1,000 berkadar tetap pada nilai 175 USD.
“Manakala jika dibandingkan dengan tahun terdahulu kenaikan kutipan cukai levi sebanyak 15 USD bagi setiap nilai 25 USD bagi harga CPO.
Pada masa sama, Pengerusi GAPKI, Joko Supriyono berkata, penurunan cukai levi in diharapkan dapat memberi ruang baru untuk pelabur dan pemain industri dalam meningkatkan produksi produk dengan cara menambah pekerja baru.
“Ini adalah satu kaedah penting jika pihak kerajaan Indonesia mahu memulihkan ekonomi negara secara segera,” katanya. 


Bagi sesetengah pihak, ketidaktentuan cukai levi ini, membawa makna berbeza buat mereka, sektor yang tidak mapan untuk memberi pulangan pelaburan. 

Ini kerana kerajaan Indonesia pada Disember lalu telah meningkatkan kadar cukai levi dengan beranggapan lebihan cukai berkenaan akan digunakan untuk program pembagunan bio diesel berasaskan sawit. 
Langkah itu sedikit sebanyak menyebabkan pembeli seakan akan menunggu untuk membeli CPO pada harga yang lebih murah.
Tamat