Rakyat bakal menerima ‘Berita Gembira’ selepas satu mesyuarat sidang video diadakan antara dua kementerian, Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi bersama Kementerian Kewangan bagi mencari satu formula penyelesaian baru kini diusahakan bagi menggantikan sistem subsidi minyak masak yang lama. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, antara agenda utama mesyuarat berkenaan berkaitan cadangan pihak kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak masak yang tidak bersubsidi. 

“Usaha menstabilkan harga minyak masak tidak bersubsidi ini mampu meredhakan resah gelisah rakyat yang dihadapi  terutamanya di sepanjang musim pendemik COVID 19 ini”

“Sehubungan itu, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan *berita gembira* kepada rakyat dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi, hadir sama menerusi sidang video berkenaan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi. 

Selain itu, kedua-dua Kementerian turut membincangkan lima program Khas KPPK bagi membantu rakyat di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN) di sepanjang masalah pendemik COVID 19 berlangsung.