Kebelakangan ini kerajaan persekutuan berjaya mengutip cukai levi eksport sebanyak RM 200 juta, dan ia merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dalam industri komoditi sawit negara dan dijangka bakal memperoleh sehinggalah RM 1 bilion untuk tahun 2021.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata jumlah itu, sangat besar memandangkan negara kita Malaysia kini berjaya menembusi pasaran baru sawit  negara negara seperti di Benua Afrika, Mesir, Asia Tengah Asia Barat. 

Semakin banyak produktivi di ladang, membawa kepada penghasilan buah sawit yang berkualiti, jumlah yang lebih banyak, serta lebih mudah dan Minyak Sawit Mentah (CPO)  untuk dipasarkan ke luar negara. 

Pelbagai usaha di  pihak kementerian, antaranya selalu membuat promosi, berkenaan kebaikan kebaikan penggunaan minyak Sawit Mentah CPO untuk pasaran luar negara supaya ianya mampu menambat hati pimpinan dunia berkerjasama menjalin hubungan diplomatik untuk memudahkan pembekalan CPO,” katanya menerusi satu program bual bicara saluran media tempatan. 

Khairuddin berkata walaupun diboikot EU tetapi mereka masih perlu bergantung kepada CPO dalam industri penghasilan sabun untuk digunakan bagi membasmi penularan virus, oleh itu, kebergantungan EU masih lagi ada. 

“Dunia luar masih memerlukan CPO samada untuk produk makanan atau pun produk kebersihan, jadi serangan serangan negatif yang dibuat pihak EU hanyalah sia sia belaka.

“Peluang ini perlu diambil oleh Malaysia dengan membawa CPO ke mata dunia menjadikan ia bukan sekadar keperluan dalam produk pemakanan dan kebersihan tetapi juga perbagai produk lain, katanya.

Menurutnya melihat kepada jumlah eksport yang tinggi akan membawa kepada jumlah kutipan cukai levi tinggi sekali gus membawa peningkatan pendapatan kepada negara.

“Usaha di kementerian dengan menyakinkan penggunaan CPO baik kepada negara luar, kerana selain digunakan dalam pemakanan ia turut digunakan secara meluas dalam bidang famausitikal kesihatan. 

“Selain itu apa yang berlaku pada hari Ini mengikut hukum penawaran dan permintaan. Apabila permintaan  kepada CPO meningkat naik akibat keperluan semasa mengangani pendemik covid 19, sekali gus melonjakkan harga CPO dan pada masa sama produktivi ketika itu terhad. 

“Dalam menagani masalah covid, kilang tidak dapat memghasilkan CPO pada jumlah maksimum menyebabkan hasil pengeluaran terhad, dan pembeli masing masing perlu meningkatkan tawaran harga untuk memiliki bekalan CPO, ” katanya.