Golongan pemandu perkhidmatan kereta sewa ataupun ‘e-hailing’ dapat menarik nafas lega selepas pihak kerajaan memberi kebenaran untuk beroperasi membawa penumpang bermula 1 Jun lalu.

Pihak Kementerian Pengangkutan menjelaskan, perkhidmatan e-hailing, teksi, dan kereta sewa dikelasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu ‘essential service’ yang penting sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Walaubagaimanapun, pihak kementerian sudahpun mengariskan penduan yang perlu diikuti iaitu beroperasi antara daerah dan antara negeri hanya bagi tujuan membawa penumpang yang mempunyai kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana diperlukan sahaja.

Sementara itu, pemandu teksi perlu mendapatkan surat kelulusan melalui Sistem Maklumat Industri
Logistik (SMILE) di melalui MOT, https://application.mot.gov.my, manakala kelulusan untuk pemandu kenderaan e-hailing pula dikeluarkan oleh pengendali atau operator syarikat masing-masing

Manakala penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing untuk perjalanan antara negeri atau daerah perlulah mendapatkan kebenaran pergerakan
mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mana SOP yang telah digariskan sebelum ini.

Namun berbeza kaedahnya bagi Sabah dan Sarawak, bagi negeri Sabah dan Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dibenarkan untuk mencadangkan SOP mengikut keperluan negeri masing-masing namun perlulah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Negeri

Oleh itu, terdapat berapa perbezaan SOP tertentu di negeri Sabah dan
Sarawak berbanding SOP yang dipraktikkan di seluruh negara.

Dalam masa sama, semua operator dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah serta Sarawak diingatkan supaya mematuhi SOP khusus yang berkaitan dengan negeri masing-masing.

Ini merujuk kepada laporan pemandu e-hailing di Sabah yang telah dikenakan notis kompaun pada 12 Jun 2021 lalu kerana cuba membawa pekerja sektor perlu di dua sempadan daerah.


SOP yang ditetapkan adalah bertujuan mengekang dan mencegah penularan wabak COVID-19 di seluruh negara serta dikemaskini dari semasa ke semasa.