PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita gembira dalam masa terdekat berkaitan harga minyak masak tidak bersubsidi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau akui isu harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran meresahkan rakyat.

“Petang tadi, saya mengadakan sidang video bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai agenda berkaitan syor-syor kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak tidak bersubsidi di pasaran”. ujar beliau dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, turut dibincangkan adalah lima program khas KPPK bagi membantu rakyat di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Negara.