Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga Minyak Sawit Mentah/ Crude Palm Oil,  (CPO), kerana harga minyak masak proses bersubsidi tetap dikawal diselia oleh kerajaan pada harga RM 2.50 untuk satu pek satu liter kadar pengeluarnya adalah sama pada setiap bulan mampu menampung keperluan pengguna sebanyak 720 juta pek bersama 11 kg bagi setiap individu termasuk golongan B40.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, pengguna perlu memahami konsep stok untuk dijual dalam negara dan stok untuk dijual ke pasaran dunia. 

“Negara kita Malaysia membekalkan 19 juta tan CPO kepada dunia, dan hanya satu juta tan akan dijual kembali untuk pasaran negara. Dalam keadaan harga CPO yang tinggi ini seharusnya berjaya menampung subsidi minyak masak untuk pasaran tempatan. 

“Setiap CPO yang diekspot akan dikenakn cukai levi, samakin banyak nilai eksport CPO maka semakin tinggi nilai cukai levi dan ini memberi ruang pendapatan pada negara untuk dikembalikan kepada nilai subsidi minyak masak sawit. “Dalam kebelakangan ini kerajaan persekutuan berjaya mengutip cukai levi sebanyak RM 200 juta, dan ia merupakan satu pencapian yang memberangsangkan serta akan dikembalikan kepada rakyat, ” katanya ketika ditemui dalam program bual bicara menerusi saluran television tempatan. 

“Dalam kebelakangan ini kerajaan persekutuan berjaya mengutip cukai levi sebanyak RM 200 juta, dan ia merupakan satu pencapian yang memberangsangkan serta akan dikembalikan kepada rakyat, ” katanya ketika ditemui dalam program bual bicara menerusi saluran television tempatan. 

Pada masa sama kenaikan harga minyak masak untuk pek 2kg dan 5kg biasanya disebabkan oleh permainan orang tengah yang sengaja mengambil kesempatan apabila harga CPO naik untuk menaikkan harga produk sawit. 

“Harga produk sawit di Malaysia tidak sepatutnya naik, kerana ianya diselenggara oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. 

“Bagi harga minyak masak satu liter akan tetap sama pada kadar RM 2.50, manakala bagi kuantiti 2 kg dan 5 kg ianya bergantung kepada pasaran semasa biasanya sekitar RM 30 ke RM 33. 

“Walaubagaimanapun kami di pihak kementerian, KPPK , KPPDNHEP, serta Kementerian Kewangan sentiasa mengambil maklum berkenaan perkara ini, dalam usaha ini untuk turut sama cuba membawa kaedah baru pemberian subsidi minyak masak kepada pembelian 2kg dan 5kg,” katanya. 

Pihaknya berkata, cadangan baru ini sedang ditambah baik dan akan dibawa untuk diperdengarkan di kabinet nanti.

Pada masa sama, Khairuddin berkata, beliau turut menyangkal dakwaan yang menyatakan minyak masak bersubsidi adalah minyak bergred rendah menggunakan minyak yang dikitar semula. 

“Sesetengah daripada kita, menerima bulat bulat cakap orang ramai tanpa membuat selidikan terlebih dahulu, minyak masak pek bersubsidi adalah minyak masak mempunyai gred terbaik yang sama untuk pasaran tempatan.

Kerajaan mengambil pendekatan menanggung subsidi minyak berkenaan sebanyak hampir 2.40 mengikut harga semasa sebanyak RM 5 sekilogram. Oleh sebab itu, Kita terpaksa hanya menggunakan plastik untuk proses pembungkusan bagi menjimatkan kos.

“Kami di kementerian akan memastikan golongan B40 terus dapat menikmati minyak sawit bersubsidi untuk kegunaan di rumah. Namun trend yang dapat dilihat kini minyak sawit bersubsidi hanya digunakan oleh golongan bukan sasaran seperti pemilik gerai, restoran, pengusaha IKS dan juga warga pekerja asing kerana ianya lebih murah.