Khairuddin sebelum ini pernah menasihatkan kakitangan KPPK didalam Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang KPPK. Diharapkan ia akan menjadi panduan dan rujukan untuk kecemerlangan perkhidmatan seterusnya.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya sentiasa memberi penekanan kepada semua warga kerja jabatan dan agensi terlibat supaya mengambil berat soal berkaitan intergriti, ketelusan, ketanggungjawaban semasa bertugas.

“Seharusnya semua warga jabatan mengamalkan prinsip ini, bagi meletakkan pertimbangan dosa dan pahala dalam perihal berkaitan pekerjaan membuahkan rezeki yang  diberkati melalui Amalan Tadbir Urus Rabbani mahupun ketuhanan.

“Melalui Amalan Tadbir Urus Rabbani ini, meletakkan segala kerja buat kita, dilihat oleh Allah Taala, ataupun kita sendiri yang melihat Tuhan. Kepercayaan ini harus dipupuk melebihi nilai etika kerja kerana semua rakyat Malaysia harus meletakkan kepercayaan kepada Tuhan selari dengan dengan prinsip rukun negara,” katanya dalam satu ucapan sebuah majlis melalui internet.

Nilai ketuhanan ini perlu diterapkan oleh semua agama yang ada di Malaysia sekali gus mampu menangkis amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk di kalangan warga kerja.

“Beliau berkata, amalan intergriti ini menjadikan mereka terikat dengan tuhan dalam setiap satu tugasan yang diberi tanpa perlukan pemantauan ketat dari pihak jabatan”.

“Ini termasuklah kes penyebaran berita palsu, dan fitnah yang kini semakin berleluasa di capaian media sosial internet. Penyebaran berita palsu, ini sebenarnya memberikan impak negatif kepada negara masyarakat amnya,” katanya .

Tamat