KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang masih berkuat kuasa berkuat dan tidak akan ditamatkan esok demi keselamatan orang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian COVID-19 kurang daripada 4,000 kes.

Menurut beliau susulan yang diambil itu, kerajaan bakal mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini bagi membolehkan rakyat menghadapi kesan daripada gelombang COVID 19 ini.

Sebelum ini, pihak kerajaan mengumumkan empat fasa melalui PPN dan menyasar negara akan masuk ke fasa kedua pada Julai atau Ogos ini apabila nilai ambang yang ditetapkan berjaya dicapai.

Antara indikator ditetapkan untuk negara beralih dari Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PPN adalah kes jangkitan harian kurang daripada 4,000 kes, serta penggunaan katil dalam wad unit rawatan rapi berada pada paras sederhana dan kadar vaksinasi mencapai 10 peratus populasi.

Tamat