KUALA LUMPUR: “Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan bakal diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan”.

Beliau turut memaklumkan Bahasa tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan ini ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.

“Ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan,” katanya

Pada masa sama, beliau mengumumkan 1.6 juta rakyat akan mendapat manfaat menerusi inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman yang bernilai RM 400 juta sekali gus berupaya menghadapi tempoh yang sukar ini.

“Beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dengan pemberian moratorium bersasar kepada peminjamnya.

“Penangguhan bayaran pinjaman pendidikan itu membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberikan moratorium selama tiga bulan kepada peminjamnya.

“Selain itu, bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan turut ditangguhkan sehingga enam bulan,” katanya.

Tamat